Pendidikan Pencegahan

JENIS DADAH


1. DEPRESEN
 MAKLUMAT ASAS

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.

JENIS-JENIS
Pil tidur dan trankuiliser (dormicum, up john, dormi, eramin 5, apo, somese, blank, robot, roche, button, valium, librium, tauxene, ativan, Xanax dan lora).

KESAN PENGAMBILAN
Pengguna depresen akan berasa khayal, peluh berlebihan, terhoyong-hayang dan juga pengecilan anak mata. Penggunaaan yang regular menyebabakan toleran dan kebergantungan berpanjangan. Selain itu, dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan akhirnya kematian.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan kemalangan , gejala penyakit mental seperti keresahan melampau, kemurungan, dan psikosis, I juga memyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. GANJA

 MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga di kenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.

JENIS-JENIS
KANABIS HERBA
RESIN GETAH KANABIS(HASHISH, CHARAS)
MINYAK HASHISH

KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini berupaya mempengaruhi emosi seseorang. Orang yang sedih akan bertambah sedih dan mereka yang gembira akan menyebabkan mania yang tidak terkawal yang akhirnya mendatangkan kemudaratan.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini yang kronik mengakibatkan kesan buruk jangka panjang seperti sindrom malas (amotivational snydrome). Ia juga mempercepatkan onset penyakit mental seperti penyakit skizofrenia dan dwikutub(bipolar disorder) yang mana prognosisnya lebih buruk jika tidak dirawat lebih awal.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. HALUSINOGEN

 MAKLUMAT ASAS

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusinasi sehingga amat susah membezakan antara yang benar dan yang tidak benar.

JENIS-JENIS
LSD (Lysergic Acid Diethylamide)
DMT (Dimethyltryptamine)
PCP (Phencyclidine, ‘Angel Dust’)
Meskalin
Psilosibin & Psilosin
KETAMIN

KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini boleh menjadikan penggunanya mengalami peningkatan keupayaan bersosial, tenaga fizikal dan emosi.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kurang pertimbangan dan koordinasi yang boleh menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi, tingkah laku yang ganas, paranoia, tertekan dan juga kebimbangan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. INHALAN
 MAKLUMAT ASAS

Bahan Kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (Volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau meransangkan perubahan minda.

JENIS-JENIS
Pelarut/Cecair
Bahan Gas
Aerosol
Bahan Nitrik

KESAN PENGAMBILAN
Bahan ini boleh bertindak dengan menjadikan penggunanya berasa khayal, kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini akan berterusan selama 15 minit sehingga ke 2 jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, pengguna mungkin hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. KETUM

 MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Kegunaannya banyak digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik.

JENIS-JENIS
Pokok Malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil.
2 jenis dedaun bertetulang. Satu berwarna merah dan yang satu lagi berwarna putih. (Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat).

KESAN PENGAMBILAN
Bahan ini boleh bertindak dalam masa 5-10 minit setelah diambil dan tahan selama 6 jam. Ia mampu mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan penggunanya mengalami peningkatan tenaga fizikal dan batin serta keupayaan melakukan kerja berat atau kerja yang membosankan.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan berat badan, sembelit dan juga insomnia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. OPIAT

 MAKLUMAT ASAS

Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.

JENIS-JENIS
Opium(candu)
Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
Morfin (pokteh)
Kodein(ubat batuk)

KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius. Kesan overdos Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia, pernafasan berhenti dan sawan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. DEPRESEN

MAKLUMAT ASAS

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.

JENIS-JENIS
Pil tidur dan trankuiliser (dormicum, up john, dormi, eramin 5, apo, somese, blank, robot, roche, button, valium, librium, tauxene, ativan, Xanax dan lora).

KESAN PENGAMBILAN
Pengguna depresen akan berasa khayal, peluh berlebihan, terhoyong-hayang dan juga pengecilan anak mata. Penggunaaan yang regular menyebabakan toleran dan kebergantungan berpanjangan. Selain itu, dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan akhirnya kematian.

MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan kemalangan , gejala penyakit mental seperti keresahan melampau, kemurungan, dan psikosis, I juga memyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ROKOK
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
·         Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
·         Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
·         Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
·         Berkait secara terus dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit sistem pernafasan, kanser dan jantung

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
·         Rokok
·         Cerut
·         Tembakau paip
·         Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
·         Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
·         Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
·         85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
·         Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
·         Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
·         Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya?
Merokok merbahaya kerana :
·         Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
·         Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?
·         Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
·         Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?
Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
·         Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.



Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?
Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
·         Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
·         Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
·         Napthylamine (ubat gegat)
·         Arsenik (racun anai-anai)
·         Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
·         Kadmium (terdapat dalam bateri)
·         DDT (Ubat nyamuk)
·         Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
·         Butane (gas yang boleh membunuh)
·         Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
·         Hydrogen cyanide (racun)
·         Toluene (bahan pelarut)
·         Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
·         Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
·         Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
·         Barah payudara: lebih 11 kali ganda
·         Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
·         Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
·         Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
·         Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
·         Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
·         Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
·         Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
·         Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
o    2 kali ganda nikotin
o    3 kali ganda tar
o    5 kali ganda karbon monoksida
o    50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?
Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut
·         Sekolah
·         Hospital dan klinik
·         Bangunan-bangunan kerajaan
·         Lif
·         Kapalterbang

Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?
·         Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
·         Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
o    Tanda fizikal :
§  Gelisah
§  Menggeletar
§  Degupan jantung lebih laju
§  Pernafasan cetek / tidak dalam
o    Corak pemikiran :
§  Gian untuk menghisap rokok
§  Berasa risau, gelisah dan bimbang
§  Tidak boleh menumpukan perhatian
o    Corak Emosi :
§  Mudah marah
§  Mudah runsing
§  Rasa bimbang
§  Gelisah
o    Pola kelakuan :
§  Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
§  Tercicir dari sekolah
§  Perubahan sikap dan tingkah laku
§  Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Semakan Akhir
:
27 April 2012
Penulis
:
Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin

:

:
Dr. Zarehah Dato' Mohd. Zain
Penyemak
:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan